Sudah lama aku tak mengarang...dah berminggu2..aku sangat sibuk kebelakangan ini..apa yang aku nak kongsi hari ini mengenai sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian kita sebangai manusia agar kita sentiasa mengigati dan memohon kepada Allah s.w.t.... dan kita perlu redha dengan ketentuan dan pemberian dari Allah swt...kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita............
Kisah Bunga & Rama-Rama................
Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberi rama-rama & bunga
Namun Allah berikannya Kaktus dan Ulat..
Lelaki itu sedih dan tidak faham kenapa pemberian NYA berbeza daripada permintaannya
Kemudian dia berfikir " Allah mempunyai terlalu ramai ummat untuk diuruskan dan dia memutuskan tidak akan mempersoalkan pemberian Allah tersebut kepadanya...."
Selepas satu tempoh...lelaki itu memikirkan semula permohonan doanya tempoh hari sudah lama dilupakan..
Lelaki itu amat terkejut dan terperanjat apabila melihat pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik dan daripada ulat yang tersembunyi telah bertukar menjadi rama-rama yang corak warna warni sangat cantik
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul
Cara Allah sentiasanya Cara Terbaik
Walaupun kelihatan semua salah
Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, PERCAYALAH......
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang di pinta pada masa yang sesuai
Apa yang anda pinta
tidak semestinya apa yang diperlukan
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan seterusnya berdoa tanpa rasa ragu dan mengeluh
duri hari ini...adalah bunga hari esok
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepadaNya
Monday, November 17, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)