Thursday, September 23, 2010

Assalamualaikum........

lama nye aku tak bukak blog...setahun lebih dah..last sekali bulan april 2009...wah lamanye..dah berkulat , berhabuk....aku perlu mula semula.. bnyk benda aku nk crita ni..aku nk mula dari mana ya..pasal hidup aku ke? bnyk benda berlaku tahun lepas n bulan2 lepas...yang perlu ingat semula...apa ya? yang gembira! kecewa! bahagia! kelakar! takut! cemas! bangga! duka...semua ada mcm rojak buah ada manis, masin, tawar, pahit bermacam warna ada..kalau nak diceritakan terlalu panjang.....yang penting aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang dalam hidup aku ...

dalam kehidupanku, aku bersyukur kerana Allah kurniakan aku:.......
1. keluarga yang sentiasa sokongan dan dorongan serta  menyayangi aku .

2. kawan2 yang baik yang tidak pernah lupa akan diri aku walaupun jarak n masa yang memisah antara kami semua.walaupun kadang2 aku sombong tak msg! tak telepon..surat ! lg malas aku nk tulis....tp mereka sentiasa di hati aku. terima kasih kerana sudi jadi temanku...

4. aku sangat bersyukur kepada Allah memberi perkerjaan yang baik kepada ku..dan aku berdoa semoga Allah memberikan aku rezeki yang halal dan sentiasa dibukakan pintu rezeki ku..

3. Jiran yang baik yang sentiasa mengambiil berat akan kesusuhan aku... aku sangat bersyukur dengan adanya jiran seperti mak cik Saripah n pakcik syed..aku sangat menghormati dan mengkagumi mereka... dah hampir 4 tahun aku jd jirannya..

4. BOS yang baik dan bertanggungjawab...walaupun kadang aku rasa tak selesa dengan dia..tapi aku bersyukur dia seorang bos yang baik





###########

Thursday, April 9, 2009

SuaSana Baru

Sudah hampir sebulan aku melangkah ke dunia kerja baru.....suasana kerja yang memerlukan kecekapan dan ketangkasan memburu masa...wah ayat giler...huhu. Oke er aku nk crite skit kat tempat keje baru aku ni....mula2 masuk je 2 aku rasa pening gak dgn kerja bertambung semua nak cepat..lagi pun aku xpaham sgt pasal tanah ni..boleh dikatanya keje kat sini sibuk memanjang xsmpt nk main-main...tapi bos aku ni kira baik punya er.. persekitaran kerja kat sini beza sgt tak terkongkong sangat n xmewah sgt tak mcm tmpt keje lama aku dulu..aku kongsi bilik 4 orang (2 pasang laki ppuan)...ok per..huhuuhu.. rindu gak dengan kekwn yang dulu..tapi takper bukan nye jauh sgt...............

###########################

Thursday, January 15, 2009

KARAM DILAUTAN

pada 7 Januari kawanku berangkat ke Sarawak untuk memikul tanggungjawab sebagai pendidik...jauhnye dia bertugas...nak buat macamne terpaksa ler kami berpisah..dugaan n cabaran perlu ditempuh walaupun dengan hati yang berat....
dua hari mira berada di sana baru dia dapat mesej aku..biasa ler sibuk...petang 2 aku terima mesej dari mira..kesian kat dia dah ler jauh jadi pulak hal yang tak diduga macam ni...dia crita kat aku, dia ditugaskan mengajar di pulau kat daerah Mukah...semasa perjalanan ke pulau tersebut..laut bergelora sangat kuat..masing2 cemas..xtahu nak buat per...bayangkan dalam bot tu ada 14 sekali dengan pemandu dan di tambah dengan bag pakaian yang besar2..ya le bukan nye dekat mesti ler bawa semua barang keperluan yang lengkap...kawan ku cakap masa 2 tak boleh nak di gambarkan perasaan tika itu... keadaan bot yang sarat menyebabkan semakin lama semakin banyak air masuk dalam bot..keadaaan sangat mencemaskan...mana nak selamat diri mana nak selamat bag...jalan terbaik mereka semua terpaksa membuang bag pakaian ke laut...entah macam ne bot 2 ketepi dan dia sempat bergantung ke pokok...sambung minggu depan

Friday, December 5, 2008

Kekalutan balik Kampung

Salam ...dah lama aku tak tulis dalam Cerita Kita..
aku bukan per..sbnrnye aku ni bukan pandai sangat nak menGarang ni..Nk bGosip lg ler aku X panDai..hehehehe

aAri ni aku Rase Kalut Semcm je Kekawan Ofic aku..Maasing2 nk Balik awal..aku ler jd Mangsa diaorng..takper ler aku tolong orang susuh..diaorang ade nk blk Kg. ptg ni n ada Mlm ni..so aku ler tempat diorang harap tolong dia 'punch kan kad"..Diatas budi ikhsan ku ni..aku tolong ler diaorng..

Tinggal aku sorang2 je kat ofic ni..ari ni CC cuti..So ada yg ambil kesempatan balik awal ..xsabar2 nk balik kg..org pun nk blk kg gak..tapi aku blk kg esok mlm..ciang kan . nk buat mcmne tiket bas dah abis..t'paksa ler balik lewat..ape2 pun yang penting balik kampung gak nk sambut AidulADHA..yang 2 3 ari lagi akan jelma..

tapi aku risau gak ni..sekarangkan musim hujan..2 3 ari yg lepas dah banjir..tp dalam berita semalam banjir dah pulih & hujan dah x turun..aku rasa Allah bagi kat kita smbut rayer dgn hati yng gembira...eh dah kul 5.30..xsedar aku..aku pun nk balik sbb aku janji nga kwn nk jumpa kat alamanda..selamat Hari Raya AidulADHA

Monday, November 17, 2008

Bunga dan Rama-Rama

Sudah lama aku tak mengarang...dah berminggu2..aku sangat sibuk kebelakangan ini..apa yang aku nak kongsi hari ini mengenai sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian kita sebangai manusia agar kita sentiasa mengigati dan memohon kepada Allah s.w.t.... dan kita perlu redha dengan ketentuan dan pemberian dari Allah swt...kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita............

Kisah Bunga & Rama-Rama................

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberi rama-rama & bunga
Namun Allah berikannya Kaktus dan Ulat..

Lelaki itu sedih dan tidak faham kenapa pemberian NYA berbeza daripada permintaannya

Kemudian dia berfikir " Allah mempunyai terlalu ramai ummat untuk diuruskan dan dia memutuskan tidak akan mempersoalkan pemberian Allah tersebut kepadanya...."

Selepas satu tempoh...lelaki itu memikirkan semula permohonan doanya tempoh hari sudah lama dilupakan..

Lelaki itu amat terkejut dan terperanjat apabila melihat pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik dan daripada ulat yang tersembunyi telah bertukar menjadi rama-rama yang corak warna warni sangat cantik

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul
Cara Allah sentiasanya Cara Terbaik
Walaupun kelihatan semua salah

Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, PERCAYALAH......
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang di pinta pada masa yang sesuai

Apa yang anda pinta
tidak semestinya apa yang diperlukan
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan seterusnya berdoa tanpa rasa ragu dan mengeluh

duri hari ini...adalah bunga hari esok

Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepadaNya

Thursday, October 9, 2008

perasaan lepas raya..keje2

hari pertama lps raya aku rasa mls je nk p keje..maklum ler baru blk dr cuti raya..raya sakan aku, 2 mggu cuti raya..tau..aku masuk keje petang hari ini..masuk je keje..kerja bertambung menunggu dgn setia..n satu news yg aku dengar...X bos aku dah nk naik pelemin..nk kata t'kejut xder ler sgt..sbb sblm ni aku dah dgr jauh2...tp aku malas nk ambik pusing pasal orang...Ooo patutler ms aku nk blk kg dia siap pesan kt aku.. klu nk kahwin jgn lupe jemput dia...rupanya dia nk tuju kata-kata 2 kat dia...aku xleh nk crita panjang dah kul 5.45..i dah dah blk keje..k aku smbg sok....